a) Pita Pengukur
- Mengukur jarak.
- Saiz yang biasa ialah 1, 3 dan 6 meter.
- Pita dapat dikeluarkan dan dimasukkan semula ke perumahnya.
b) Pembaris Keluli
- Mengukur jarak dan memindahkan ukuran.
- Membina garisan lurus.
- Menguji kerataan permukaan kayu.
- Dibuat daripada keluli yang tidak berkarat.
- Saiz yang lazim ialah 300 mm.
c) Gergaji Puting
- Menggergaji kayu-kayu kecil.
- Memotong tanggam.
- Mempunyai jalur logam di bahagian atasnya.
d) Gergaji Tangan
- Mengerat dan membelah kayu.
- Saiz ditentukan oleh panjang bilah dan bilangan gigi setiap 25 mm.
e) Sesiku L
- Menguji kepersegian kayu.
- Membuat garisan bersudut tepat.
- Menguji kerataan permukaan kayu.
- Menentukan ketepatan sudut 90 darjah.
f) Gergaji Lengkung Halus
- Menggergaji kayu nipis.
- Menggergaji bahagian lengkung pada bahan nipis.
- Matanya dipasang menghala ke hulu.
g) Tukul Kuku Kambing
- Menukul dan mencabut paku.
- Saiz ditentukan oleh berat kepalanya.
h) Tukul Warington
- Menukul paku kecil dan halus.
- Saiz ditentukan oleh berat keplanya.
i) Pahat Tepi Serong
- Meraut dan menatal tanggam.
- Membersihkan bucu tanggam.
- Saiz ditentukan oleh lebar mata pemotong.
j) Kikir Parut
- Membentuk lengkuk dan meratakan permukaan kayu.
- Membentuk lengkuk pada penjuru kayu.
k) Gandin Kayu
- Menukul alatan berhulu kayu.
- Mengetuk bahagian projek semasa pemasangan.
l) Tolok Penanda
- Membuat garisan selari pada muka dan tepi kayu bagi menanda ukuran tebal dan lebar kayu.
Mesin dan Kegunaannya
a) Mesin Gerudi Mudah Alih
- Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam lembut.
- Boleh dilakukan secara menegak atau mendatar.
- Saiz ditentukan oleh diameter mata gerudi.
- Mata gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak atau keluli berkarbon.
b) Mesin Gerudi Lantai
- Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam.
- Saiznya ditentukan oleh diameter mata gerudi yang dipasang pada rahangnya.
- Benda yang hendak digerudi mestilah diapit pada ragum gerudi sebelum digerudi.
Hey...thnx...^____^
ReplyDelete