Powered By Blogger

Monday 30 April 2012

Soalan Tingkatan 1 Bab 2

Soalan : 


1. Alatan tangan dalam rajah di atas dinamakan .....
A pahat
B tukul kuku kambing
c gergaji lengkung halus
D sesiku L


2. Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri alatan diatas?
i. membentuk lengkuk
ii. meratakan permukaan kayu
iii. menguji kepersegian kayu
iv. membentuk lengkuk pada penjuru kayu

A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C ii, iii dan iv
D i, iii dan iv

3. Apakah nama bahagian yang berlabel X ?
A jalur logam
B pemegang
C bilah
D hulu

4. Apakah nama mesin pada rajah diatas?
A sesiku L
B mesin gerudi mudah alih
C gerudi tangan
D mesin gerudi lantai

5. Dalam rajah diatas, sesiku L digunakan untuk menguji .....
A lebaar kayu
B panjang kayu
C kerataan kayu
D kepersegian kayu


Saturday 28 April 2012

Alatan Tangan, Jenis Mesin & Kegunaannya

Alatan Tangan & Kegunaannya


a) Pita Pengukur

  • Mengukur jarak.
  • Saiz yang biasa ialah 1, 3 dan 6 meter.
  • Pita dapat dikeluarkan dan dimasukkan semula ke perumahnya.

b) Pembaris Keluli



  • Mengukur jarak dan memindahkan ukuran.
  • Membina garisan lurus.
  • Menguji kerataan permukaan kayu.
  • Dibuat daripada keluli yang tidak berkarat.
  • Saiz yang lazim ialah 300 mm.

c) Gergaji Puting


  • Menggergaji kayu-kayu kecil.
  • Memotong tanggam.
  • Mempunyai jalur logam di bahagian atasnya.

d) Gergaji Tangan

  • Mengerat dan membelah kayu.
  • Saiz ditentukan oleh panjang bilah dan bilangan gigi setiap 25 mm.

e) Sesiku L


  • Menguji kepersegian kayu.
  • Membuat garisan bersudut tepat.
  • Menguji kerataan permukaan kayu.
  • Menentukan ketepatan sudut 90 darjah.

f) Gergaji Lengkung Halus

  • Menggergaji kayu nipis.
  • Menggergaji bahagian lengkung pada bahan nipis.
  • Matanya dipasang menghala ke hulu.

g) Tukul Kuku Kambing

  • Menukul dan mencabut paku.
  • Saiz ditentukan oleh berat kepalanya.

h) Tukul Warington

  • Menukul paku kecil dan halus.
  • Saiz ditentukan oleh berat keplanya.

i) Pahat Tepi Serong

  • Meraut dan menatal tanggam.
  • Membersihkan bucu tanggam.
  • Saiz ditentukan oleh lebar mata pemotong.

j) Kikir Parut


  • Membentuk lengkuk dan meratakan permukaan kayu.
  • Membentuk lengkuk pada penjuru kayu.

k) Gandin Kayu


  • Menukul alatan berhulu kayu.
  • Mengetuk bahagian projek semasa pemasangan.

l) Tolok Penanda

  • Membuat garisan selari pada muka dan tepi kayu bagi menanda ukuran tebal dan lebar kayu.

 Mesin dan Kegunaannya

a) Mesin Gerudi Mudah Alih


  • Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam lembut.
  • Boleh dilakukan secara menegak atau mendatar.
  • Saiz ditentukan oleh diameter mata gerudi.
  • Mata gerudi diperbuat daripada keluli tahan lasak atau keluli berkarbon.

b) Mesin Gerudi Lantai




















  • Digunakan untuk membuat lubang pada kayu atau logam.
  • Saiznya ditentukan oleh diameter mata gerudi yang dipasang pada rahangnya.
  • Benda yang hendak digerudi mestilah diapit pada ragum gerudi sebelum digerudi.